Hanya dua tahun selepas kerajaan meminta Perodua untuk menghasilkan sebuah mannequin EV tempatan dan menjadi peneraju dan pemangkindalam usaha untuk memperkukuhkan eko-sistem EV di Malaysia — seperti yang diumumkan oleh MITI pada 1 September 2023 — syarikat itu hari ini melancarkan secara rasmi mannequin elektrik pertama buatan Malaysia, Perodua QV-E. Hanya satu varian ditawarkan, dengan harga RM80,000, belum termasuk insuran.
Dua tahun adalah satu tempoh yang agak singkat untuk membangunkan sesebuah kenderaan sendirian. Namun, dengan teknologi dan sokongan strategik — dalam kes ini, kerjasama dengan Magna Steyr, sebuah syarikat kejuruteraan automotif asal Austria serta pembekal yang telah teruji seperti CATL untuk bateri EV — Perodua berhasil menyiapkan dan memasarkan sebuah kereta elektrik yang dibangun sepenuhnya oleh Malaysia: bukan rebadge atau dipinjam daripada mana-mana syarikat atau mannequin lain sedia ada.

Sejak awal telah dimaklumkan, untuk projek EV ini, Perodua perlu mencari rakan strategik baru selain daripada Daihatsu. Ini kerana Daihatsu sendiri tidak memberi tumpuan kepada pembangunan EV. Maka, jalan yang sedikit berbeza perlu ditempuh oleh Perodua untuk mencapai matlamat yang satu ini — dan semua itu dilakukan dengan persetujuan Daihatsu sebagai rakan kongsi utama Perodua selama ini.
Perodua QV-E ini adalah hasil daripada pembangunan bersama yang meramu pengalaman masing-masing yang berbeza untuk disepadukan dengan cara terbaik demi untuk mencapai matlamatnya. QV-E sudah mula dipasang di kilang Smart Mobility Plant Perodua di Sungai Choh, dan sebahagian fungsi lain akan turut melibatkan pemasangan di kemudahan pemasangan Tan Chong Motor di Serendah.
Perodua menyatakan pelaburan yang dikeluarkan adalah sekitar RM800 juta, yang ditanggung oleh Perodua sendiri untuk memulakan pembangunan mannequin yang diberikan kod nama P01A ini. Seperti berkali-kali ditekankan oleh syarikat itu, semua proses kajian dan pembangunan (R&D) telah dijalankan sendiri oleh Perodua dengan bantuan rakan strategik. Apa yang lebih penting, semua Intellectual Property (IP) berkaitan mannequin elektrik ini dimiliki oleh Perodua, termasuk platform yang digunakan.
Keseluruhannya, tempoh yang digunakan untuk tujuan R&D ini adalah selama 266,000 jam tenaga kerja yang terlibat di dalamnya. Ini merupakan EV tempatan yang pertama akan dikeluarkan secara mass-production bermula Disember 2025, dengan tahap lokalisasi sekitar 50% untuk tahun 2026, dan akan ditingkatkan kepada 70% menjelang tahun 2030.
Pada 2025, projek ini melibatkan sebanyak 52 pembekal tempatan, yang dijangka akan dipertingkat kepada 66 pembekal pada 2026 sebelum mencapai sekitar 70 pembekal pada 2030. Sebagai permulaan, Perodua mensasarkan jualan EV ini sekitar 500 unit sebulan hingga hujung tahun hadpaan. Angka tersebut akan ditingkatkan kepada 3,000 unit sebulan selepas setahun QV-E mula dipasarkan.
Sejak awal diumumkan pada 2023, sudah beberapa kali Perodua QV-E — dalam bentuknya yang masih dalam pembangunan — telah ditunjukkan. Ia bermula dengan E-MO I ketika Malaysia Auto Show (MAS) 2024, kepada E-MO II ketika KLIMS 2024, serta dalam penampilan prototaip terkahir eMO EV ketika MAS 2025. Dan kita akhirnya tahu perincian dan spesifikasi penuh bagi Perodua QV-E ini.
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran dimensi seperti berikut: 4,170 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,502 mm tinggi serta jarak roda 2,680 mm. Jarak kelegaan tanahnya pula ialah 158 mm, dengan berat 1,600 kg. Berbanding Myvi, QV-E merupakan kereta penumpang paling besar yang ditawarkan oleh Perodua kini (selain SUV dan MPV-nya).
Sebagai rujukan, ukuran Myvi adalah seperti berikut: (-275 mm) untuk panjang; (-65 mm) untuk lebar; (+13 mm) untuk tinggi; (-180 mm) untuk jarak roda; serta (+2 mm) bagi jarak kelegaan tanah; dan jauh lebih ringan dengan (-575 kg) bagi varian paling tinggi AV. Dua mannequin utama yang dijadikan benchmark oleh Perodua pula ialah Proton eMas 5 dan juga BYD Dolphin — dua EV segmen B yang sedia ada dalam pasaran tempatan ketika ini, dengan perbandingan saiz sebenar yang setara dengan Perodua QV-E, tetapi berbeza pendekatan reka bentuk.
Bercakap tentang rekaan, Perodua melakukan percubaan yang sangat berani untuk membawakan penampilan sporty seperti yang ditunjukkan melalui QV-E. Ia ternyata lari jauh daripada apa yang pernah syarikat itu tampilkan sebelum ini. Ia sangat sporty dengan menerapkan pendekatan sportback: garis bumbung yang lebih rendah di belakang.

Wajah depannya elegan, dengan rekaan bonet melengkung serta bahagian jalur lampu nipis yang lebar penuh, sesuai dengan lenggok rekaan kereta EV generasi semasa. Bahagian bampar dan apron bawah juga diberikan rekaan perincian bersegi — misalnya bahagian lampu di sudut bampar — untuk menyerlahkan wajah agresif EV ini.
Sama seperti di depan bahagian belakang juga menyerlahkan rekaan lampu yang tajam dan bersambung terus dari kiri ke kanan oleh satu jalur nipis di tengah. Ia juga nampak gagah dan bersegi dari belakang, dengan rekaan yang kemas dan tidak berlebihan. Rim pula dalam saiz 18-inci, menjadikannya nampak lebih tegap dan stabil.
Sedikit tentang platform yang digunakan oleh Perodua QV-E ini. Ia merupakan platform serba baru yang dibangunkan bersama antara Perodua dan Magna Steyr, walaupun syarikat Austria itu memang mempunyai platform EV sedia ada untuk dijual. Kelebihan platform ini, ia boleh digunakan untuk aplikasi yang pelbagai bagi kenderaan bersaiz dalam segmen A dan B.
Jarak roda yang boleh ditampung oleh platform ini ialah dari 2,550 mm (untuk kenderaan hatchback/sedan kompak), beralih kepada kenderaan sportback dengan jarak roda 2,680 mm, hinggalah kepada SUV dengan jarak roda 2,700 mm. Ia juga berpotensi untuk memenuhi keperluan yang anjal, bahkah boleh diubahsuai untuk digunakan bagi kenderaan REEV dan hibrid juga.
Perodua QV-E juga datang dengan barisan ciri yang pertama kali ditawarkan oleh mannequin keluaran syarikat itu. Antaranya ialah lampu dengan dua projektor untuk pancaran cahaya yang lebih jelas, pemegang pintu belakang di kedudukan “tingkap kecil” dan tersorok, rim 18-inci, emblem belakang yang berfungsi juga sebagai pemegang pintu bergaya, pemegang pintu depan yang tersimpan kemas serta lampu isyarat sequential untuk semua.
Di dalam, rekaan gear kini dalam bentuk bulat untuk lebih minimalis dan moden, kerusi pemandu larasan elektrik, cermin pandang belakang digital, head unit dengan paparan bersaiz 10.25-inci dengan sambungan dan capaian penuh dan ada juga lampu ambient.
Ada juga pengecas telefon tanpa wayar, rekaan stereng dua-jejari dengan bahagian bawahnya rata, butang panggilan kecemasan (ke pusat panggilan Perodua), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem tinjauan tekanan tayar serta pengesan anak kecil di kerusi belakang.
Bagi sistem janaan pula, QV-E dilengkapi dengan sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa 150 kW dan 285 Nm tork. Ini membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat (dalam mod Sport) dan mampu mencapai laju maksimum 165 km/j.
Kuasa untuk motor berkenaan dibekalkan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) CATL dengan kapasiti tenaga 52.5 kWj. Bateri ini menyokong pengecasan pantas DC hingga 60 kW, yang membolehkan pengecasan dari SoC 30%-80% dalam masa 30 minit. Untuk pengecasan AC pula, ia menampung sehingga 6.6 kW, dan satu kitaran cas penuh mengambil masa lapan jam. Bateri tersebut mempunyai berat 405.7 kg, dan mampu memberi jarak sehingga 445 km NEDC.
Berkaitan baterinya, penting juga untuk dinyatakan bahawa Perodua menawarkan apa yang dipanggil “Battery As a service”, sebuah program langganan bateri dengan matlamat untuk membolehkan harga jualan dan pemilikan kereta ini lebih rendah.
Ini bermaksud, harga yang perlu dibayar oleh pelanggan hanyalah badan kenderaan, yang dibiayai seperti juga sebagaimana kaedah konvebsional selama ini. Insurans kenderaan ini juga dibayar oleh pelanggan seperti biasa, dengan jaminan diberikan selama tiga-tahun/100,000 km untuk umumnya serta enam-tahun/150,000 km untuk badan kenderaan, sementara jaminan lapan-tahun/150,000 km untuk unit pacuan.
Manakala bateri pula akan ditanggung oleh Perodua secara langganan bulanan dengan nilai RM275 dalam tempoh sembilan tahun. Insuran untuk bateri akan dibayar oleh Perodua — pelanggan tidak perlu runsing dengan hal ini kerana semuanya akan dikendalikan antara Perodua dan financial institution. Pelanggan hanya perlu membayar ansuran bulanan seperti biasa kepada financial institution.
Kami berikan contoh sebagai gambaran ansuran bulanan, dengan harga RM80k berkenaan. Dengan mengambil kira kadar faedah 2.5% setahun, untuk tempoh sembilan tahun, pelanggan akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM910 + RM275, menjadikan jumlah ansuran keseluruhan RM1,185. Jumlah bagi pembiayaan tujuh tahun pula RM1,120 + RM275 (RM1,395); dan lima tahun sebanyak RM1,500 + RM275 (RM1,775) sebulan. Untuk tempoh sembilan tahun, gabungan ansuran tersebut adalah lebih tinggi berbanding pembiayaan kereta bernilai RM100k.
Sekiranya EV ini ingin dijual semula, itu tiada masalah kerana boleh dilakukan melalui Perodua Pre-Owned Vehicle (POV). Bagi baterinya pula, pemilik baru perlu menandatangani kontrak baru dengan Perodua.
Dalam bahasa mudah, pelanggan tidak perlu risau tentang bateri. Sekiranya ia rosak, atau kapasitinya menurun dalam tempoh pemilikan, Perodua akan urusakannya untuk pelanggan. Ini juga bertujuan untuk menjamin harga jualan semula EV berkenaan — dengan cara, keseluruhan eko-sistem berkaitan EV ini dikendalikan sendiri oleh Perodua.
Dengan Perodua, baterinya diberikan jaminan sepanjang hayat (selagi bateri itu milik Perodua dan belum dipindah milik kepada pelanggan), bukan setakat lapan-tahun seperti yang biasa diamalkan. Ini adalah program yang pertama seumpamanya ditawarkan di Malaysia, sekali gus menunjukkan keyakinan Perodua terhadap EV pertama Malaysia ini. Semua bateri berkenaan juga perlu dikembalikan kepada Perodua untuk tujuan pelupusan — tanggungjawab yang turut digalas oleh syarikat itu tanpa pelanggan perlu risau.
Bagi aspek keselamatan, QV-E datang dengan enam beg udara, ABS dengan EBD & BA, kawalan kestabilan (ESC) serta kawalan cengkaman (TCS). Tidak ketinggalan ciri keselamatan aktif canggih seperti AEB, kawalan melayar adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Jalan (TJA) dan bantuan lebuhraya (HWA), amaran perlanggaran depan, pengesan titik buta, amaran penukaran lorong, lampu tinggi automatik, amaran lintasan trafik di belakang (RCTA) dan lain-lain.
Siapa kelompok sasaran Perodua untuk EV ini? Memandangkan ini mannequin paling canggih dan paling mahal yang dihasilkan oleh syarikat itu setakat ini, maka ia disasarkan untuk mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi. Pembeli utamanya disasarkan kepada golongan M40 ke atas, dengan keluarga muda bersama tiga orang anak. Selain itu, ia juga disasarkan kepada golongan muda dari keluarga T20 dan pembeli kereta pertama dari kelompok ini, yang mempunyai kesedaran tentang teknologi dan prihatin kepada alam sekitar.
Selain itu, pada Oktober lalu, Perodua juga sudah memperkenalkan aplikasi P-Circle yang menyediakan segala hal untuk memperkayakan pemilikan EV ini, termasuklah jam pintar P-Go.
Hanya satu varian Perodua QV-E ditawarkan ketika pelancarannya, dengan dua pilihan warna: Ice Blue dan Caviar Grey. Sebagai permulaan, QV-E hanya akan dijual dan diedarkan melalui sembilan cawangan terpilih Perodua yang bertempat di Juru, Ipoh, Glenmarie, Perodua Sentral, Putrajaya, Senawang, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Bharu.
Perodua QV-E — paparan taklimat rasmi
Pengecas Perodua
Perodua P-Charge Mobile
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Source link
#Perodua #QVE #dirasmi #Malaysia #enter #Magna #Steyr #kmj #saat #jarak #NEDC #RM80k #A-Z Eventz
