Proton Saga MC3 2026 baru sahaja dilancarkan pada lewat bulan lalu. Model ini bukan sahaja menerima pelbagai tingkat taraf dari segi perincian, malah ia turut diberikan perubahan dari segi mekanikal terutamanya pada unit rangkaian kuasa.
Tiada lagi enjin S4PE 1.3 liter Campro dan ia digantikan dengan enjin i-GT 1.5 liter BHE15PFI di mana enjin baharu yang jauh lebih moden ini memberikan kelebihan kuasa yang lebih tinggi, penggunaan bahan api lebih efisien, malah ia juga menggunakan mekanisma timing chain untuk menggerakkan aci sesondol dan bukan lagi menggunakan timing belt.
Dan, Saga MC3 ini juga ditawarkan dengan dua kotak gear automatik bergantung pada varian, di mana varian tertinggi Premium menerima kotak gear CVT Punch Powertrain VT3+ manakala dua lagi varian lebih rendah iaitu Executive dan Standard menerima kotak gear automatik konvensional empat-kelajuan 4AT yang dibekalkan oleh Aisin.
Perubahan dari segi mekanikal ini sudah tentu akan melibatkan kos penyelenggaran yang berbeza dari mannequin sebelumnya. Oleh itu kami akan buat satu analisa berkenaan perbezaan kos selenggara berkenaan, dan turut membandingkannya dengan mannequin saingan terdekatnya iaitu Perodua Bezza.
Sebelum itu ingin kami nyatakan bahawa angka-angka yang kami dapat ini dalah menerusi laman net rasmi Proton dan juga Perodua, dan perbandingan dibuat untuk tempoh masa penggunaan selama lima tahun/100,000 km.
Kos penyelenggaraan Proton Saga AT MC3 2026 Vs. Proton Saga CVT MC3 2026
Antara dua varian paling baharu ini, kos penyelenggaraan Proton Saga AT MC3 adalah lebih murah dari Saga CVT MC3. Walau bagaimanapun perbezaan kos penyelenggaraan selama lima tahun pertama bagi bagi kedua-dua versi dengan kotak gear berlainan ini tidak lah besar iaitu hanya RM110.67, dan ini adalah disebabkan jenis minyak yang digunakan (CVTF vs ATF) serta penapis yang berbeza.
Kos penyelenggaraan Proton Saga AT MC3 2026 Vs. Proton Saga AT 2022
Berdasarkan pemerhatian ini juga kami dapati bahawa untuk Saga MC3 dengan kotak gear 4AT, kos penyelenggaraannya dalam tempoh tersebut adalah lebih rendah berbanding mannequin sebelumnya iaitu Saga MC2 4AT walaupun ia menggunakan kotak gear yang sama.
Perbezaan harga berkenaan dilihat agak ketara iaitu sebanyak RM656.69 untuk tempoh lima tahun, dan ia adalah kerana kos minyak transmisi dan alat-alat ganti berkaitan yang lebih murah untuk mannequin baharu ini.
Selain itu kos yang lebih murah ini juga adalah disebabkan ada alat ganti yang perlu ditukar dalam sela masa lebih lama. Misalnya penapis udara untuk enjin Campro perlu ditukar setiap 20,000 km/12 bulan berbanding komponen yang sama pada enjin i-GT perlu ditukar setiap 40,000 km/24 bulan.
Kekerapan penukaran cecair penyejuk enjin juga dikurangkan kerana ia kini perlu ditukar setiap 60,000 km/36 bulan berbanding setiap 30,000 km/18 bulan untuk enjin Campro. Malah ada juga perkara yang tidak perlu lagi dibuat termasuk penukaran bendalir stereng kuasa kerana Saga MC3 ini telahpun menggunakan sistem stereng berkuasa elektrik (EPS).

Penjimatan terbesar untuk penyelenggaraan Saga MC3 ini tentulah kerana ia tidak perlu lagi menukar timing belt kerana telah menggunakan timing chain yang boleh digunakan dalam tempoh yang jauh lebih lama. Untuk Saga MC2, timing belt perlu ditukar setiap 110,000 km/66 bulan dengan kos alat ganti sebanyak RM334.68. Namun bagi tali sawat tambahan kedua-duanya masih sama dengan kos RM67.
Apa yang lebih menarik, tiada sebarang merchandise yang perlu ditukar ketika servis pertama 1,000 km untuk Saga MC3, di mana pada Saga MC2 minyak enjinnya perlu ditukar pada tempoh berkenaan. Juga setiap pembelian Saga MC3 ini diberikan caj upah percuma untuk tiga servis pertama.
Walau bagaimanapun untuk enjin baharu ini, Proton mensyaratkan penggunaan minyak enjin jenis sintetik penuh sebagai keperluan minima yang dijual pada harga RM169 untuk empat liter, berbanding minyak jenis separa sintetik untuk enjin Campro yang berharga RM116 empat liter.
Palam pencucuh (spark plug) yang digunakan pada enjin baharu ini juga adalah lebih mahal, dijual pada harga RM 131.60 satu set berbanding RM56.68 untuk set lengkap palam pencucuh untuk enjin Campro. Namun palam pencucuh yang digunakan pada enjin i-GT mampu bertahan selama dua tahun/40,000 km, berbanding komponen sama pada enjin Campro yang perlu ditukar setiap 18 bulan/30,000 km; jadi kos penukaran palam pencucuh ini untuk tempoh masa lima tahun adalah lebih rendah untuk Saga MC3.
Kos penyelenggaraan Proton Saga CVT MC3 2026 VS Proton Saga CVT 2016
Proton Saga generasi ketiga membuat kemunculan sulungnya pada 2016, dan ketika itu ia hanya ditawarkan dengan kotak gear CVT. Kemudian versi facelift pertama (MC1) diperkenalkan pada 2019, dengan perubahan terbesarnya adalah kotak gear CVT tersebut diganti dengan 4AT.
Jadi sebelum mannequin MC3 diperkenalkan, kali terakhir Saga menerima kotak gear CVT adalah menerusi mannequin 2016, dan ketika itu ia menggunakan kotak gear CVT Punch dari versi VT2. Jadi kami bandingkan juga kos penyelenggaraan kedua-dua versi ini kerana pada Saga MC3, ia dibekalkan dengan kotak gear CVT dari Punch yang lebih baharu dikenali sebagai VT3+.
Kalau dilihat pada angka akhir keseluruhan penyelenggaraan selama lima-tahun/100,000 km, kos untuk Saga MC3 CVT adalah lebih rendah dari Saga 2016 dengan perbezaan sebanyak RM286.91. Sela masa penukaran minyak transmisi CVT (CVTF) bagi kedua-dua mannequin ini adalah sama iaitu setiap 60,000 km/36 bulan, dan kos penapis CVTF dan juga drain plug adalah sama iaitu masing-masing berharga RM129.52 dan RM21.95.
Namun apa yang berbeza adalah harga CVTF itu sendiri di mana untuk Saga MC3 ia hanya berharga RM143.78 berbanding RM181.61 untuk Saga MC3. Manakala bagi kos lain-lain ia melibatkan komponen alat ganti enjin i-GT yang lebih murah berbanding enjin Campro.
Kos penyelenggaraan Proton Saga CVT MC3 2026 VS Perodua Bezza
Kenapa kami bandingkan dengan Perodua Bezza? Kerana Bezza merupakan satu-satunya saingan Saga dalam pasaran sedan segmen-A di Malaysia, malah ketika dilancarkan Proton sendiri mendakwa bahawa Saga merupakan mannequin yang paling murah untuk diselenggara dalam saingan pasaran tersebut.
Dalam masa lima tahun, kos bagi menyelenggara Bezza dalam varian enjin yang paling besar iaitu 1.3 liter adalah RM3,531.36. Angka tersebut adalah lebih mahal dari Saga MC3 4AT dan CVT masing-masing dengan beza RM204.45 dan RM93.78, walaupun kapasiti enjin adalah lebih besar dan komponen alat ganti yang perlu ditukar adalah lebih banyak pada Saga. Malah angka yang kami hitung ini hanyalah pakej asas tanpa pilihan komponen-komponen Perodua Pro Care.
Walau bagaimanapun untuk Bezza dengan enjin lebih kecil iaitu 1.0 liter, kos penyelenggaraan dalam tempoh sama adalah RM3,319.74, atau RM7.17 lebih murah dari Saga MC3 4AT dan RM117.84 lebih murah dari Saga MC3 CVT.
Perkara-perkara lain berkaitan yang turut perlu dipertimbangkan
Selain dari kos servis berkala, ada juga kos-kos lain yang kita perlu kita pertimbangkan dalam pemilikan sesebuah kereta. Antaranya seperti penggunaan bahan api, di mana Saga CVT kini mampu mencatakan penggunaan 4.9 l/100 km (5.1 l/100 km untuk 4AT), hampir dengan penggunaan bahan api Bezza 1.3L (4.76 l/100 km atau 4.55 l/100 km dengan Eco Idle) walaupun dengan kapasiti enjin lebih besar. Penggunaan bahan api Bezza 1.0L pula adalah lebih jimat dengan 4.69 l/100 km.
Juga ada komponen-komponen haus dan lusuh (seperti pad brek, penyerap hentak, bateri, tayar dan sebagainya) di mana jangka hayatnya bergantung kepada tabiat pemanduan pemilik yang perlu diambil kira. Bagi Saga MC3 Standard dan Bezza varian lebih rendah, ia datang dengan rim berdiameter 14-inci dibalut dengan tayar dengan saiz yang sama iaitu 175/65R14. Manakala bagi varian lebih tinggi, Saga MC3 dan Bezza kedua-duanya diberikan rim 15-inci tetapi Saga hadir dengan tayar lebih lebar iaitu 185/55R15, manakala Bezza pula 175/60R15.
Bezza juga datang dengan sistem start-stop enjin ketika kelajuan melahu yang memerlukan bateri 12-volt lebih mahal untuk beroperasi, manakala Saga pula datang dengan bilah pengelap cermin tanpa bingkai yang lebih mahal untuk ditukar. Enjin baharu Saga ini juga masih lagi baru dan masih tidak diketahui ‘ragam’nya dan komponen-komponen lain yang perlu ditukar selepas tamat tempoh waranti nanti.
Berbanding Bezza yang sudah lama dalam pasaran dan rata-rata mekanik sudah boleh mengagak masalah-masalah biasa yang akan dihadapi pada masa hadapan, dan harga bagi alat-alat ganti tersebut.
Dengan berlainan kapasiti enjin, kos untuk cukai jalan juga berbeza tetapi tidaklah jauh mana. Bezza dengan enjin 1,329 cc dikenakan cukai jalan sebanyak RM70 setahun, manakala untuk varian 1.0L pula lebih murah iaitu RM20. Sementara Saga dengan enjin 1,499 cc pula dikenakan cukai jalan sebanyak RM90 setahun.
Seperti yang diketahui sebelum ini, Saga MC3 dijual pada harga atas jalan tanpa insuran yang cukup kompetitif iaitu bermula RM38,990 untuk varian Standard hingga RM48,990 untuk varian tertinggi Premium, dan kesemua varian ini menerima enjin 1.5 liter yang sama. Malah sehingga akhir Disember 2025, Proton turut menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM1,000 untuk semua varian.
Manakala untuk Bezza, varian asas hanya menerima enjin 1.0 liter dan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM34,580, varian dengan enjin 1.3L paling murah dijual pada harga RM43,980, manakala varian paling mahal pula berharga RM49,980. Malah Bezza dengan enjin 1.3L juga kini datang dengan filem penapis haba yang dipasang dari kilang.
Jadi bukan hanya harga sahaja, malah untuk penyelenggaraan asas Saga MC3 juga kini dilihat lebih berbaloi dari Bezza. Walau bagaimanapun semua perbandingan ini hanyalah perkara-perkara yang kita boleh lihat atas kertas. Anda pula bagaimana? Adakah untuk jangka masa panjang Perodua Bezza masih lagi pilihan yang lebih baik berbanding Proton Saga MC3?
Kongsikan pendapat anda sama ada menerusi ruang komen di bawah atau di laman-laman sosial kami.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Source link
#Proton #Saga #MC3 #kos #selenggara #varian #4AT #lebih #murah #dari #CVT #keduaduanya #lebih #murah #dari #Bezza #A-Z Eventz
